}); MAJLIS AKAD NIKAH ELLY MAZLIN DI SEBELAH PUSARA IBU AMAT MEYENTUH !!! | otakkambingrebus

MAJLIS AKAD NIKAH ELLY MAZLIN DI SEBELAH PUSARA IBU AMAT MEYENTUH !!!



KUALA LUMPUR, 11 NOV 2014: Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein tidak mahu menjadikan alasan untuk berjauhan dengan pusara ibunya walaupun pada hari bahagianya disatukan dengan ikatakan yang sah bersama pengarah, Azmi Hatta.


Elly Mazlein berkata sejak ibunya, Sabariah Ahmad meninggal dunia pada Mei lalu, hampir setiap hari dia telah menziarahi pusara ibunya dan dek kerana tidak mahu terlepas peluang menziarahi kubur ibunya itu dia telah pun melangsungkan pernikahan di surau yang bersebelahan dengan perkuburan arwah.

“Hampir setiap hari saya tidak pernah terlepas daripada menzirahi kubur Mak sejak Mei lalu. Jadi kenapa pula pada hari pernikahan saya, saya perlu lupakannya.

“Tujuan saya bernikah disini adalah kerana mahu dekat dengan Mak dan mudah untuk saya ke pusaranya selepas selesai kami diijabkabulkan.

“Walapun dia sudah pun meninggal dunia tetapi saya tetap rasa dia ada bersama saya. Saya tetap mengharapkan doa daripadanya agar perkahwinan kami mendapat rahmat dan berbahagia,” katanya kepada murai.com.my

Elly dan Azmi disatukan dalam jalis nikah yang ringkas dan penuh meriah di Surau As Sakinah, Puchong pada 9 November lalu.

Pelatun lagu Bakawali itu dinikahkan sendiri oleh bapanya yang juga wali, Syed Hanafi Syed Abdullah serta disaksikan oleh juru nikah iaitu Penolong Pendaftar Nikah Kariah Taman Putra Perdana, Ahmad Baie Jaaafar.

Sementara itu, Elly turut menzahirkan rasa lega selepas penantiannya selama tiga tahun untuk mendirikan rumah tangga akhirnya menjadi kenyataan.

“Sebenarnya kami bukan segaja untuk melambatkan pernikahan ini, cuma sudah beberapa kali juga kami mencari tarikh dan merancang tetapi ketika itu belum diizinkan Allah.

“Kalau diikutkan kami ingin langsungkan pada Februari tahun depan, namun disebabkan ibu meninggal dunia pada Mei lalu, Azmi minta majlis dipercepatkan bagi memudahkan dia untuk menjaga saya dan ayah,” luahnya lagi.

Pasangan ini juga merancang untuk berbulan madu di sebuah pulau dalam masa terdekat ini.

Elly dan Azmi, mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur.

Contact Form

Name

Email *

Message *