}); Penemuan Objek Yang Amat Mengejutkan Belakang Madrasah Di Kampung Bagan | otakkambingrebus

Penemuan Objek Yang Amat Mengejutkan Belakang Madrasah Di Kampung Bagan




Penemuan objek di belakang tangga utama Madrasah disahkan bukan janin manusia | Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagan Nira terkejut apabila menemui objek mirip janin manusia di belakang tangga utama Madrasah Ikhlasiah Kampung Bagan Nira petang, kelmarin.


 Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, Muhamad Hanafi Yusop, 38, baharu selesai menunaikan solat Zohor di surau itu dan ingin pulang ke rumah, bagaimanapun terkejut apabila menemui tompokan darah pada lantai surau berkenaan.

Menurutnya, dia kemudiannya mengambil gambar objek berkenaan dan meminta pendapat rakan-rakan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp sebelum pulang ke rumah dan bersiap untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Bagan Nira.

“Saya terima pelbagai reaksi daripada kumpulan WhatsApp termasuk seorang rakan yang bekerja di hospital memaklumkan objek itu menyerupai janin manusia, sementara seorang lagi minta saya menghubungi polis,” katanya.


Mohd Hanafi berkata, dia kemudiannya menghubungi Balai Polis Sabak Bernam bagi memaklumkan penemuan objek terbabit dan dia yang ketika itu berada di SRA Bagan Nira terus ke madrasah bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut.

“Polis tiba ke lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 petang. Setelah diteliti seorang pegawai polis yang dipercayai pakar dalam menentukan objek terbabit memberitahu kemungkinan objek itu bukan janin manusia,” katanya. Menurutnya, polis kemudiannya membungkus objek terbabit dan membawanya untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa memaklumkan, objek mirip janin manusia yang ditemui itu disahkan bangkai seekor haiwan. -SH

Contact Form

Name

Email *

Message *