}); 6 Foto terkini Putri Mardiana dicekup khalwat dengan Shahrizam Abdullah | otakkambingrebus

6 Foto terkini Putri Mardiana dicekup khalwat dengan Shahrizam Abdullah



Semalam, Harian Metro melaporkan bahawa seorang selebriti berstatus janda anak tiga yang berusia 33 tahun telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki di kondomium di Ukay Perdana.


Susulan kes tersebut, Astro Gempak telah menerima maklumat daripada sumber yang mengatakan bahawa selebriti itu adalah Putri Mardiana.



Malah, lebih mengejutkan pelakon tersebut dikatakan dicekup bersama lelaki berstatus suami orang. Lelaki yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah tersebut dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang baru berusia 2 tahun.


Selain itu, foto lelaki tersebut turut didedahkan oleh sumber yang mendakwa bahawa Shahrizam mula mengenali Putri Mardiana sejak setahun yang lalu. Berikut merupakan antara mesej yang disampaikan oleh sumber menerusi aplikasi whatsapp: 

“Shahrizam berstatus suami dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil berusia 2 tahun.Tidak dinafikan Shahrizam dan isterinya mempunyai masalah rumahtangga dan sedang ‘turun-naik’ mahkamah. Rumahtangga mana yang tidak ada pasang surutnya, tetapi tidak sepatutnya si isteri diperlakukan sedemikian rupa.


Shahrizam atau ‘Ejump’ ni aktif dengan sukan kereta, rasanya mereka berkenalan ketika si pelakon itu sedang bercinta dengan seorang lelaki lain (bujang). Boleh dikatakan pelakon wanita tersebut main kayu tiga la…Di belakang kekasihnya, dia senyap-senyap menjalin hubungan dengan ‘Ejump’.

Apa yang kami (rakan-rakan) kesalkan, Putri Mardiana seorang ibu dan pernah bergelar isteri…Masakan dia tidak dapat memahami perasaan seorang wanita lain? Mengapa tidak diletakkan dirinya di tempat isteri ‘Ejump’?”


Sumber : Portal Ohbulan







Contact Form

Name

Email *

Message *