}); Doakanlah Buat Adik Muhammad Izzsyraq Azraq | otakkambingrebus

Doakanlah Buat Adik Muhammad Izzsyraq Azraq

adik2

Muhammad Izzsraq Azraq, mungkin ramai yang tidak mengenalinya tetapi di sebalik senyuman adik comel ini, tersimpan satu kedukaan dan ujian yang mungkin terpaksa ditanggung adik Muhammad Izz seumur hidupnya.


Adik comel yang berusia 1 tahun 8 bulan ini telah disahkan menghidap penyakit Short Bowel Syndrome.



Penyakit tersebut merupakan kes yang jarang berlaku lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak kecil, ia merupakan penyakit yang menyerang bahagian usus pesakit.

adik2

Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat ganjil ini.

Bagi kami, dia sangat istimewa kerana semangatnya sangat kuat dan ibu bapa kepada adik Izz ini sangat tabah dengan dugaan dari Allah.

adik4 (wm)

adik4 (wm)

Dilaporkan bahawa, setiap rawatan yang dilakukan untuk si pejuang kecil ni adalah atas dasar percubaan disebabkan masih tidak terdapat rujukan untuk penyakit ini di Malaysia.

Kami doakan semoga adik kecil comel ini segera sembuh dan buat anda yang ingin mengikuti perkembangan lanjut, anda boleh melawati -  ‘PRAY for Izzsyraq Azraq

Contact Form

Name

Email *

Message *