}); Jika anda jumpa pakcik ni ‘offer’ jual minyak wangi, belilah, sebabnya... | otakkambingrebus

Jika anda jumpa pakcik ni ‘offer’ jual minyak wangi, belilah, sebabnya...

Jika anda jumpa pakcik ni ‘offer’ jual minyak wangi, belilah.. Kisahnya begini. Pada malam Jumaat 19 Dis 2014 saya mengisi minyak di Stesen Petronas, Taman Matahari Height, Senawang. Nampak kelibat seorang lelaki, bertongkat, membawa beg. Fikiran saya mesti dia menjual sesuatu.
Jika anda jumpa pakcik ni ‘offer’ jual minyak wangi, belilah, sebabnya...


Jika anda jumpa pakcik ni ‘offer’ jual minyak wangi, belilah, sebabnya...
Jika anda jumpa pakcik ni ‘offer’ jual minyak wangi, belilah, sebabnya...
Semasa saya mengisi minyak dia teragak-agak hendak menegur saya, saya beri salam dan tegur dia. Tanya apa yang dia jual. Namanya Othman bin Akop dari Kg Terusan Seberang, Juasseh, Kuala Pilah. Dia mencari rezeki dengan menjual minyak wangi badan dan pewangi kereta.


Pak cik Othman bin Akop
Pak cik Othman bin Akop

Dia akan datang ke Senawang, menetap 2-3 hari, bermalam menumpang di surau-surau, solat subuh biasanya di Masjid Bandar Baru Senawang. Kemudian dia akan pulang ke Juasseh, di rumah ibunya.

Dia menjadi OKU setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2010. Dia tidak mampu untuk melakukan rawatan atau pembedahan lanjutan kerana masih menunggu permohonan tabung perubatan katanya.
Kad OKU Pak cik Othman bin Akop

Kepada sahabat-sahabat yang nampak Encik Othman ini menjual minyak wangi, belilah kerana anda secara tidak langsung, membantu warga emas OKU yang berusaha mencari rezeki yang halal. Semoga amalan kita diterima Allah SWT.
Sumber: HarakahDaily

Contact Form

Name

Email *

Message *