}); Akhirnya!!Setelah Lama Mendiamkan Diri, Nur Amirah Tampil Cerita Kisah Sebenar Buat Ramai Terdiam & Terkedu Seketika | otakkambingrebus

Akhirnya!!Setelah Lama Mendiamkan Diri, Nur Amirah Tampil Cerita Kisah Sebenar Buat Ramai Terdiam & Terkedu Seketika


Saya Minta Maaf Dan Janji Tak Buat Lagi-Nur Amirah Athirah|Nur Amirah Athirah, gadis yang berbohong dengan mereka-reka cerita dirinya menjadi mangsa culik sebelum ditemui bersama kekasihnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.

Permohonan maaf dan janji untuk berkelakuan baik dibuat Nur Amirah di hadapan bapanya, Abdul Majid Landu, 43, ketika dia datang melawat anaknya itu di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) di sini semalam.

Abdul Majid memberitahu, anak sulungnya itu turut berasa kesal atas kejadian tersebut dan berikrar untuk berubah menjadi seorang anak yang baik.

“Dia (Nur Amirah) buat masa ini masih di bawah jagaan JKM dan ketika ini dia berada dalam keadaan tenang serta selamat.

“Dia juga telah menyesal atas perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya,” kata Abdul Majid ketika dihubungi di sini semalam.

Komen dari Cikgu Ramlah Zailani kes nur amirah athirah

Minggu akhir persekolahan November yang lalu, terjadi kes yang sama dengan anak murid saya. Hilang dan viral. Kelam kabut sesarwa jagat termasuk keluarga, jiran, segala grup WhatsApp (yang pastinya banyak menokok nasi tambah cerita), FB, malah ahli qariah masjid juga membuat solat hajat.


Saya juga sebagai gurunya yang tertipu hidup-hidup mati-mati mempertahankan namanya dari cerita andaian bukan-bukan sehingga babak dia ditemui. Di hadapan saya dia budak baik. Tak tahulah pula sebaliknya memang selalu keluar atau agak dibebaskan oleh keluarganya mungkin.

Episod ceritanya hampir sama, cuma tahap teknik dramanya rendah sikit dari yang ini. Dia cuma mengirimkan SMS kepada bapanya dengan nombor telefon asing berbunyi “abah tolong”.

Pada akhir kekecohan, dia ditemui menaiki motosikal dengan teman lelaki dari daerah lain yang dikenali melalui Wechat. (Nama tidak disebut!)
Masya Allah… anak-anak remaja kita!!!

Terlalu banyak berangan dan menonton drama barangkali. Apapun, di sebalik kejadian ini ada peringatan untuk anak-anak dan kita sendiri sebagai ibubapa yang punya anak-anak. Wallahu ‘alam.

Contact Form

Name

Email *

Message *