}); Ramai Tak Perasan 5 Perkara Pelik Ini Berlaku Di #AME2016 Sehingga… | otakkambingrebus

Ramai Tak Perasan 5 Perkara Pelik Ini Berlaku Di #AME2016 Sehingga…

Ramai Tak Perasan 5 Perkara Pelik Ini Berlaku Di #AME2016 Sehingga… Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2016 atau AME2016 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur. Anugerah anjuran Astro dan Era FM ini mengiktiraf karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
AME2016-main
Dah nama pun acara penyampaian anugerah, tak sah kalau tak ada benda-benda yang menarik perhatian yang berlaku, kan? Disini kami sediakan 5 highlight menarik AME2016 buat tatapan anda. Jom ushar sama-sama!

1. Tema Glamour Futuristic!

futuristik
futuristiknabil
Screenshot-2016-02-29-11.21.44-1
Screenshot-2016-02-29-10.53.14
af-futiristic-1
defam-futuristik
AME 2016 bertemakan Glamour Futuristic dengan tagline ‘Satu Malam, Seribu Senyuman’. Bukan main sakan artis-artis ni bergaya ikut tema! Korang rasa, cantik ke pelik?

2. Akim Dan Stacy – Pengantin Baru Paling Sweet!

Screenshot-2016-02-29-11.22.38
Dengan inai yang masih kemerahan di jari masing-masing, kemanisan pengantin baru ini terbawa-bawa sampai ke atas pentas AME2016!
Semasa berduet menyanyikan lagu Pelangi Senja dengan Stacy, Akim tanpa sengaja terlanggar bahu isterinya lalu secara spontan terus memeluk Stacy. Korang tengoklah sendiri video yang Hairul Azreen sempat rakam ni!
Gelagat romantik Akim-Stacy di atas pentas ternyata menarik perhatian para peminat. Sweet tahap potong kaki!
Screenshot-2016-02-29-12.27.53Screenshot-2016-02-29-11.57.22Screenshot-2016-02-29-11.57.54Screenshot-2016-02-29-11.57.35

3. Ayda Jebat Tumpaskan Dato Siti!

Screenshot-2016-02-29-12.44.13
Wah, Ayda Jebat menang besar malam tadi! Gadis genit ini merangkul 5 trofi kemenangan termasuk anugerah utama, iaitu Top Top MeleTOP (wanita), Pemyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Drama MeleTOP.
Screenshot-2016-02-29-12.44.37
Ternyata lagu Bukan Diriku serta drama MAID membawa tuah kepada Ayda. Sampai jatuh air mata ‘si kenid’ ni masa bagi ucapan ambil anugerah!
Tapi dalam kegembiraannya itu, Ayda dikritik hebat oleh netizen yang tidak puas hati dengan kemenangannya. Dia juga dipertikaikan kerana menumpaskan penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza!
1-17 4-4 5-2 Screenshot-2016-02-29-12.48.33 Screenshot-2016-02-29-12.48.42 Screenshot-2016-02-29-12.49.147-2
Apa pun, peminat-peminat Ayda Jebat dah jalankan tugas dengan baik sampai artis kesayangan mereka ni bolot 5 anugerah di AME2016 malam tadi. Tahniah AJ Screamers!

4. Neelofa Rapping


Neelofa bukan sahaja bertindak sebagai salah seorang hos AME2016, malah dia mengejutkan penonton dengan persembahan nyanyian bergenre rap setelah dicabar oleh AC Mizal!
Screenshot-2016-02-29-15.27.47
Persembahan Neelofa itu bukan sahaja menarik perhatian peminat dari kalangan orang awam, tetapi juga artis Hip Hop dengan nama jolokan The Prince of Damansara, Caprice! Semangat Caprice minta video nyanyian Neelofa nak hantar kat satu kampung!

5. Nora Komen Isu Auto Tune Artis Baru

Screen-Shot-2016-02-29-at-3.24.39-PM-1
Sebenarnya ramai juga yang komen persembahan artis baru yang menyanyi live di AME2016 semalam sumbang dan sangat lain dengan versi rakaman studio. Tup tup, penyanyi senior bersuara merdu, Nora Ariffin pun bersuara pasal isu auto tune ni!

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2016

DRAMA MELETOP: M.A.I.D
ARTIS LAWAK MELETOP: Johan
HOS MELETOP: Dato AC Mizal
PELAKON MELETOP: Ayda Jebat
PROGRAM MELETOP: Gegar Vaganza 2015
LAGU MELETOP: Ayda Jebat – Siapa Diriku
PENYANYI MELETOP: Ayda Jebat
GRUP/DUO MELETOP: Akim & The Majistret
PENYAMPAI RADIO MELETOP: Johan
PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi Era
FILEM MELETOP: Polis Evo
BINTANG FILEM MELETOP: Zizan Razak
ARTIS BAHARU MELETOP: Mira Filzah
BINTANG ONLINE MELETOP: Datuk Siti Nurhaliza
COUPLE MELETOP: Johan dan Ozlyn
FESYEN MELETOP: Datuk AC Mizal

Contact Form

Name

Email *

Message *