}); Pelajar IPTA dicabul ketika tunggang motosikal di Gong Badak. | otakkambingrebus

Pelajar IPTA dicabul ketika tunggang motosikal di Gong Badak.

Suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai.
Kuala Nerus – Seorang pelajar wanita sebuah universiti Awam (IPTA) menjadi mangsa cabul ketika menaiki motosikal dalam kejadian yang berlaku di Bulatan Pak Tuyu dekat Gong Badak hari ini.
Mangsa yang dalam perjalanan ke kuliah universiti telah diekori secara perlahan dari belakang oleh suspek dan tiba-tiba meraba celah peha mangsa tanpa disedari dari sebelah kanan motosikal.

Kejadian jam 9 pagi itu telah menyebabkan mangsa terkejut dan cuba mengelak tindakan suspek tetapi gagal hingga mengakibatkan motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan terjatuh.

Motosikal Suspek.
Suspek yang panik melihat mangsa tersungkur di tepi jalan bertindak cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai dan anggota keselamatan universiti dan telah diserahkan ke Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.

Gadis yang berusia dalam lingungan umur 20-an mengalami kecederaan dan l

Penunggang motosikal khususnya wanita dinasihatkan berhati-hati sentiasa di jalan raya daripada tingkah laku orang yang tidak dikenali yang mempunyai niat yang tidak baik.

Contact Form

Name

Email *

Message *